Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang
betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar
tanpa mengikut tatacara yang bersistem.
Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang
pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas,
masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca
satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan
sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca
buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk
jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini
membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap
bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Gunakan masa awal pagi
Gunakan
sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.
Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu
membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan
membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Buat nota ringkas
Pelajar
yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk
membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin
ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota
ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan
masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi
jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak
suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda
mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap
tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata
pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua
mata pelajaran.
Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar
cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan
membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan
dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak
akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan
peperiksaan.
Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap
fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan
yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah
dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda
membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan
diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan
anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan
kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda,
kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika
anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih
untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata
pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu
penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting.
Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk
berhenti ulangkaji.
Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu
belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat
seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana
tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika
anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada
kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda
mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di
rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari.
Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau
bangun pagi.
Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan
membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda
perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika
anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga
pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan ,
dapatkan tuisyen.
Persiapan minda sebelum ulangkaji
Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan
mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak
capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan
kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima
kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ?
Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?
Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu
lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan
berkualiti.
Elakkan gangguan emosi
Semua
perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu
diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai
oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul,
tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda
boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih
menyelerakan (jika sesuai).
Kurangkan kerja rumah tangga
Kurangkan kerja rumah tangga
Jika
anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta
adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan
sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki
peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah
tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih
masa untuk anda belajar.
Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan
ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda
perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan
dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan
bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada
hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda
membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca
mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang
ditetapkan untuk hari tersebut.
Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar
pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang
untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri
dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian
ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap
dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika
anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba
mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa
anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan
sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati
mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan
sendiri.
Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan
mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam
keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus,
anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian
sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan
akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Terokai bakat dan minat anda
Sambil
anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang
anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah
dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan
bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat
dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau
anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian
menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar
kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Belajar adalah suatu
seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri
anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam
anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.